Saturday, December 27, 2008
Http VS https
The main difference between http:// and https:// is, It's all about keeping you secure
HTTP stands for HyperText Transport Protocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (a language, in a manner of speaking) for information to be passed back and forth between web servers and clients.
The important thing is the letter S which makes the difference between HTTP and HTTPS.
The S (big surprise) stands for "Secure".
If you visit a website or webpage, and look at the address in the web browser, it will likely begin with the following: http://.
This means that the website is talking to your browser using the regular 'unsecure' language.
In other words, it is possible for someone to "eavesdrop" on your computer's conversation with the website.
If you fill out a form on the website, someone might see the information you send to that site.
This is why you never ever ever enter your credit card number in an http website!
But if the web address begins with https://, that basically means your computer is talking to the website in a secure code that no one can eavesdrop on.
You understand why this is so important, right?
If a website ever asks you to enter your credit card information, you should automatically look to see if the web address begins with https://.
If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!
Sunday, December 7, 2008
It's holiday
No nothing
Enjoy the holiday
Next year your computer club advisor will change*maybe*
t.q
Thursday, October 2, 2008
Peta Google..?
View Larger Map
Pandangan Satelit MRSM Balik Pulau!
Menarik?
Klik sini untuk menerokai bumi kitaaa..yey! ---> Peta Google
Sunday, September 21, 2008
Mathway...
Perlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah?
Laman web ini boleh menyelesaikan masalah ilmu hisab@matematik anda.
Anda hanya perlu letakkan soalan anda di dalam kotak "Enter Problem" kemudian pilih subject seperti Basic Math,Pre Algebra,Algebra,linear algebra,Trigonometry,Precalculus dan Calculus.
tadaaaa....selesai masalah!
Selamat mencuba...!
Klik sini untuk->Mathway
Sunday, September 7, 2008
Friendster paling popular di Malaysia!
LAMAN web ke tujuh terbesar di dunia serta rangkaian sosial nombor satu di Asia, Friendster Inc. mengumumkan www.friendster.com sebagai laman sosial nombor satu di Malaysia.
Menurut agensi pengukuran Internet terkenal ComScore.com, Friendster menerima pelawat empat kali ganda lebih ramai berbanding laman Facebook.
Rangkaian Friendster juga lebih terkenal daripada laman Myspace di Malaysia.
Laporan daripada Newscom.com pula, Friendster menerima 3,024,000 pelawat unik pada Mei 2008. Manakala Facebook dan Myspace masing-masing sebanyak 758,000 dan 735,000.
Purata pengunjung unik Friendster mengikut lingkungan umur iaitu:
- 15 hingga 24 tahun, Friendster menerima lima kali lebih besar berbanding Facebook dan empat kali lebih besar berbanding Myspace. 1,700,000 yang melawat Friendster, Facebook sebanyak 325,000 dan Myspace pula 386,000.
- 25 hingga 34 tahun, dianggarkan sebanyak 2.5 kali lebih besar berbanding Facebook dan 4.5 berbanding Myspace. Sebanyak 727,000 pengunjung unik Friendster,
253,000 Facebook dan 156,000 Myspace.
- 35 hingga 44 tahun, pelawat Friendster 3 kali lebih besar berbanding Facebook dan Myspace. hampir 348,000 pelawat unik di Friendster, Facebook 110,000 dan Myspace 105,000.
- Manakala 45 hingga 54 tahun, pelawat unik Friendster berkurangan menjadi 131,000 manakala Facebook sebanyak 47,000 dan MySpace 37,000.
Pengarah Pemasaran dan Pegawai Perhubungan Friendster, Jeff Roberto berkata, Malaysia dikenali sebagai pelawat paling ramai di Friendster kerana kebanyakan pengguna Internet di Malaysia melawat Friendster setiap bulan.
“Data comScore pula menunjukkan mereka ini dikalangan remaja berumur 16 tahun, pelajar kolej serta ahli profesional antara 20-an dan 40-an.
“Terdapat pengguna yang mengakses Friendster daripada peralatan mudah alih dan kafe Internet namun data comScore tidak dapat mengakses trafik terbabit walaupun sebenarnya pelawat di kalangan ini memang ramai di Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, tiga suku pengguna Facebook memasuki Friendster dan lebih tiga suku pengguna MySpace mengikut jejak yang sama.
Katanya lagi, Friendster turut mendahului rangkaian sosial lain di Malaysia yang pertama menyediakan laman Bahasa Melayu dan laman khas untuk telefon bimbit iaitu m.friendster.com yang juga dalam Bahasa Melayu
-dipetik dari itMetro
p/s: Suka la korang yer..hari-hari buka friendster waktu cikgu ngajar lam kelas...patut la laman web no.1..ciss!!!
Streamyx boleh diakses di mana saja
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) melancarkan pakej Streamyx Kini Mobile dengan bayaran tambahan serendah RM10 selain pemberian modem tanpa wayar bernilai RM120 secara percuma.
Pakej terbabit ditawarkan kepada pelanggan Streamyx Combo dan Streamyx Standard dengan kemudahan mengakses Internet di lebih 1200 Streamyx Zone (dulu dikenali sebagai Streamyx Hotspot) di seluruh negara.
Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata perkhidmatan itu membolehkan pelanggan mendapatkan akses Internet jalur lebar tanpa wayar di rumah dan di mana-mana saja menerusi perkhidmatan WiFi di zon Streamyx seluruh negara.
“Pihak TM mendapati permintaan bagi mendapatkan akses berkomunikasi dan keperluan hiburan sama ada di rumah sehingga luar rumah semakin bertambah,” katanya.
Menurutnya, pengenalan pakej tambah nilai yang mudah itu membolehkan pengguna mengakses Internet dengan serta-merta untuk mendapatkan maklumat dan kandungan hiburan yang terdapat di Internet di mana-mana saja tanpa mengira masa.
“Jika anda ingin berkongsi Internet jalur lebar dengan lebih daripada satu komputer atau komputer riba dengan cepat dan mudah, sistem Internet tanpa wayar adalah yang paling sesuai,” tambahnya.
Beliau berkata, modem tanpa wayar percuma yang ditawarkan kepada pelanggan pakej Streamyx Kini Mobile adalah bersesuaian untuk digunakan memandangkan liputan Internet tanpa wayar membolehkan pengguna melayarinya pada kelajuan yang tinggi.
Lokasi 1,200 Streamyx Zone di seluruh negara meliputi kawasan yang bertrafik tinggi di bandar utama seperti pusat beli-belah, kafe, restoran seperti Secret Recipe, Burger King dan Pizza Hut, lapangan terbang, hotel, kampus universiti, hospital, pusat rekreasi, pusat konvensyen dan lokasi lain.
Perkhidmatan WiFi boleh diakses menggunakan sebarang laptop, pembantu digital peribadi (PDA) atau sebarang peralatan komunikasi mudah alih yang bersesuaian dengan standard keupayaan WiFi (piawaian LAN 802.11b/g tanpa wayar).
Menerusinya, pelanggan boleh mengakses e-mel, melayari Internet, membuat panggilan telefon menerusi perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (VOIP), menonton video, blog dan membuat aktiviti berasaskan Internet yang lain.
-dipetik dari itMetro
e-Majalah PC
You can download Majalah PC (Ogos 2008)
http://www.4shared.com/file/58489727/5501658f/Majalah_PC___Ogos_2008__.html
Happy reading...!